CelcomDigi Perkenal SafePAY Jr – Langganan Kad Prabayar Visa Untuk Kanak-Kanak, RM8 Sebulan

LocalPersonal Finance
6 Jan 2026 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

CelcomDigi kini bekerjasama dengan Vircle, dan memperkenalkan pelan langganan kad prabayar Visa khusus untuk kanak-kanak, dinamakan SafePAY Jr. Melalui penawaran ini, ia disasarkan dapat mengajar para kanak-kanak untuk lebih bertanggungjawab dalam penggunaan kewangan.

image is not available

Dibawah langganan ini, semua akan menerima satu kad prabayar Visa Vircle yang dipautkan pada aplikasi khusus. Melaluinya, ibu bapa boleh mengawal perbelanjaan kanak-kanak untuk perkhidmatan yang dibenarkan, termasuk melakukan tambah-nilai, menetapkan tugasan dan memberikan ganjaran melaluinya kepada anak-anak. Ibu bapa juga boleh menjejak pelbagai perbelanjaan yang dilakukan anak-anak melalui aplikasi khusus.

SafePAY Jr ini ditawarkan pada harga langganan RM8 sebulan. Pengguna turut dikenakan caj pendaftaran sebanyak RM10 yang dikenakan sekali. Bil pembayaran akan dipautkan ke pelan pascabayar pelanggan. Sebagai alternatif, pengguna turut boleh melanggan penawaran sama terus melalui Vircle yang turut mempunyai pelan langganan tahunan pada harga RM88 setahun.