CelcomDigi Perkenalkan Pelan Postpaid 5G 190 Dengan Internet Tanpa Had Pada Harga RM190 Sebulan

LocalTechnology
6 Feb 2026 • 2:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi memperkenalkan pelan baharu Postpaid 5G 190 yang direka untuk memberikan pengalaman mudah alih lebih lancar serta pelbagai manfaat yang menyeluruh. Dengan harga RM190 sebulan, pelan ini menawarkan kelajuan 5G tanpa had, Internet 5G/4G tanpa had, rebat port-in sebanyak RM120, sehingga enam talian tambahan dengan diskaun 50% dan panggilan tanpa had.

image is not available

Bagi pelanggan yang kerap melancong, pelan ini menawarkan roaming percuma di Singapura, Indonesia dan Thailand. Selain itu, pengguna boleh menambah kuota, menikmati rebat, akses kandungan premium serta menggunakan alat keselamatan digital melalui Mega Add-Ons dan Freedom Add-Ons dengan sebahagian daripadanya diberikan secara percuma.

image is not available

Pelan ini menyediakan akses hiburan premium seperti Prime Video dan Viu Premium, perlindungan WebSHIELD serta kemudahan memiliki peranti 5G terkini melalui Easy360 tanpa faedah dan bayaran pendahuluan. Pelanggan juga boleh membeli peranti tambahan tanpa kontrak pada harga menarik dengan diskaun khas di CelcomDigi Online Shop.

image is not available

Lebih daripada itu, pelan ini menawarkan nilai tambah dengan 50% diskaun untuk semua pas roaming, tawaran hebat melalui Mega Add-Ons, Freedom Add-Ons percuma, serta sokongan pelanggan eksklusif melalui PremierCARE. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi CelcomDigi.