CelcomDigi Perkukuh Kedudukan Sebagai Peneraju 5G Seiring DNB Melangkah Ke Fasa Pembangunan Seterusnya

LocalTechnology
5 Oct 2026 • 11:36 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

CelcomDigi Perkukuh Kedudukan Sebagai Peneraju 5G Seiring DNB Melangkah Ke Fasa Pembangunan Seterusnya

Pencapaian penting DNB membuka peluang untuk memaksimumkan sinergi rangkaian, meningkatkan daya maju ekonomi 5G dan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik

PETALING JAYA, 1 OKTOBER 2026 – CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) terus memperkukuh kedudukannya dalam landskap 5G susulan kejayaan Digital Nasional Berhad (“DNB”) melengkapkan pembiayaan bernilai RM5.2 bilion, di samping penguntukan spektrum 5G jangka panjang yang diterima hari ini serta kemajuan dalam proses pemindahan pegangan saham Menteri Kewangan (Diperbadankan) (“MKD”) kepada para pemegang saham yang terdiri daripada pengendali rangkaian mudah alih (“MNO”).

Kesemua perkembangan ini memberikan kepastian yang lebih kukuh dari segi kewangan, spektrum dan pemilikan. Ia membolehkan CelcomDigi memanfaatkan skala operasi serta aset rangkaiannya yang luas untuk mengoptimumkan sinergi rangkaian dan kos, meningkatkan daya maju ekonomi 5G, serta memberikan pengalaman 5G yang lebih baik kepada pengguna dan perusahaan.

Asas Kewangan Lebih Kukuh, Disokong Pegangan Spektrum 5G Terbesar Di Malaysia

Penyempurnaan pembiayaan DNB mengukuhkan struktur modal dan keupayaan kewangannya bagi memenuhi keutamaan pembangunan rangkaian. Berdasarkan komitmen kawal selia dan keperluan pembiayaan semasa DNB, langkah ini juga dijangka dapat mengurangkan keperluan suntikan ekuiti tambahan daripada pemegang saham MNO. Ini membolehkan tumpuan yang lebih besar diberikan kepada usaha meningkatkan kecekapan dan prestasi rangkaian 5G.

Penguntukan spektrum 5G kepada DNB bagi tempoh 15 tahun turut memberikan kepastian jangka panjang dari segi ketersediaan dan kos spektrum, sekali gus menyokong perancangan rangkaian serta pelaburan yang lebih berkesan. Dengan spektrum jalur pertengahan berterusan selebar 200MHz, DNB berada pada kedudukan yang kukuh untuk memenuhi permintaan pengguna dan perusahaan yang semakin meningkat.

Spektrum ini juga menyediakan asas yang kukuh untuk memodenkan rangkaian, memperluas penyelesaian liputan dalam bangunan (“IBS”), meningkatkan liputan serta memaksimumkan penggunaan spektrum. Apabila digabungkan dengan capaian rangkaian dan infrastruktur CelcomDigi yang meluas, ia membuka lebih banyak peluang untuk meningkatkan kapasiti dan liputan 5G, di samping memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

Memanfaatkan Skala Dan Pengalaman CelcomDIgi Untuk Menyokong DNB

Selepas proses pemindahan saham daripada MKD selesai, para pemegang saham MNO akan memainkan peranan yang lebih besar dalam menentukan hala tuju strategik dan keutamaan operasi DNB secara bersama.

CelcomDigi akan menyumbangkan kelebihan skalanya, aset rangkaian di seluruh negara serta pengalaman lebih 30 tahun dalam industri telekomunikasi untuk menyokong DNB. Dengan memanfaatkan infrastruktur, tapak rangkaian dan keupayaan sedia ada, CelcomDigi dapat membantu meningkatkan kecekapan kos, memperluas liputan serta mempercepat pelaksanaan 5G di dalam bangunan.

Sinergi antara infrastruktur DNB dengan aset rangkaian para pemegang saham akan menyokong pembangunan rangkaian 5G yang lebih cekap dan mampan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved