CelcomDigi PhoneFIX Tawar Langganan Khidmat Pembaikan Peranti Serendah RM1

LocalTechnology
23 Dec 2025 • 1:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CelcomDigi bekerjasama dengan Swap Asia melancarkan PhoneFIX iaitu langganan khidmat pembaikan telefon pintar yang memudahkan proses pembaikan. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar CelcomDigi dengan harga serendah RM3 sebulan manakala bulan pertama hanya RM1.

image is not available

Dengan PhoneFIX, peranti yang mengalami masalah biasa seperti skrin retak atau bateri rosak boleh dibaiki pada hari yang sama. Selain itu, perkhidmatan ini disokong oleh pakar dan sokongan pelanggan khusus serta merangkumi peranti yang layak termasuk yang tidak dibeli daripada CelcomDigi.

Proses pendaftaran perkhidmatan juga mudah di mana pengguna boleh terus melanggan melalui aplikasi CelcomDigi dengan hanya mengimbas peranti kemudian mengaktifkan langganan untuk bulan pertama pada harga RM1.