
Kota Kinabalu: Anak watan Sabah Celestine George bangga diberi peluang untuk menguruskan pasukan kebangsaan pada Pusingan Akhir Piala Sudirman BWF TotalEnergies 2023 yang dijadual akan diadakan di Suzhou, China dari 14-21 Mei.
Celestine, 46, yang merupakan ahli majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah dinamakan sebagai pengurus pasukan untuk pasukan Malaysia dalam pertandingan lapan hari itu.
“Saya amat berbangga kerana diberi peluang untuk menguruskan pasukan kebangsaan. Ia satu penghormatan besar dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada presiden Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.
“Ia adalah tugas yang sukar dan mencabar. Malaysia tidak pernah memenangi acara berpasukan campuran sejak ia dimulakan pada 1989. Saya berharap pemain-pemain akan memberikan yang terbaik untuk mara ke peringkat separuh akhir seperti yang disasarkan,” katanya.
SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama Chinese Taipei, juara Piala Thomas India dan Australia dalam pertandingan tahun ini.
Pencapaian terbaik mereka dalam kejohanan dwitahunan itu ialah memenangi gangsa pada 2021 (Vantaa, Finland) dan pada 2009 (Guangzhou, China).
Pengarah Prestasi Tinggi Akademi Badminton Malaysia (ABM) Dr Tim Jones baru-baru ini mengumumkan skuad 20 pemain mereka dengan pemain nombor empat dunia Lee Zii Jia mengetuai cabaran dan dia akan beraksi dalam acara perseorangan bersama Ng Tze Yong, manakala pemain perseorangan wanita ialah Goh Jin Wei dan K. Letshanaa.
Beregu lelaki ialah juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, dan Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, manakala beregu wanita ialah Pearly Tan-M.Thinaah, Go Pei Kee -Valeree Siow.
Terdapat empat pasangan beregu campuran yang diketuai oleh Goh Soon Huat-Shevon Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing , Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
