
JAKARTA – Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dilaporkan meninggal dunia selepas didera oleh ayah kandungnya sendiri di Kampung Lio, Jakarta Timur, dalam kejadian yang bermotifkan cemburu, lapor laman berita Kumparan.
Kes itu pada mulanya dilaporkan sebagai kes penderaan oleh bapa tiri mangsa.
Bagaimanapun, polis kemudian membuat pembetulan maklumat dan mengesahkan bahawa suspek yang dikenali sebagai RPP ialah ayah kandung mangsa.
Pasangan suami isteri itu dilaporkan berkahwin mengikut syarak tanpa pendaftaran rasmi kerajaan.
Insiden itu berlaku pagi Jumaat lalu. Ketika kejadian, ibu bayi keluar bekerja, meninggalkan suspek dan mangsa di rumah sewa mereka.
Siasatan awal polis mendapati RPP mengaku menghentak belakang kepala anak kecil itu ke dinding sebanyak tiga kali, selain memukul belakang mangsa
Hasil soal siasat ke atas suspek mendedahkan motif penderaan berpunca daripada perasaan cemburu selepas mendapati isterinya saling ‘chat’ dengan lelaki lain.
Suspek kemudian melepaskan kemarahannya kepada bayi berkenaan. – AGENSI
The post Cemburu isteri ‘chat’ lelaki lain, suami dera anak 11 bulan sampai mati appeared first on Kosmo Online.



