
Tuaran: Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) yang merupakan salah satu syarikat GLC Sabah menerima anugerah Pengguna Kuasa Besar (Sabah Elektricity Top 10 Large Power Consumer (LPC) 2024 di Dewan Seri Sulaman Tuaran, di sini pada Ahad.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia (Petra), Datuk Fadillah Yusuf kepada Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Anugerah ini merupakan satu pencapaian besar dan pertama kali diterima oleh CIS.
“Kita berharap SESB akan terus mengekalkan prestasi dengan baik dalam membekalkan elektrik yang mencukupi secara konsisten,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata demikian pada majlis Program Bersama Komuniti Sabah Electricity dan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu Cina anjuran Sabah Electricity Sdn. Bhd.
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mohd Yaakob Jaafar dan Pengurus Besar CIS Sumardi Mohd. Yusuf.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Tambah Japlin, CIS juga amat berpuas hati dengan perkhidmatan SESB dalam melaksanakan bekalan elektrik yang merupakan keperluan utama syarikat selain melancarkan operasi harian.
Japlin juga memberitahu bahawa CIS sentiasa komited untuk memasti semua kumpulan kakitangan baik dari pengurusan kilang atau jenama, akan terus memberikan usaha jitu dalam menjayakan misi CIS.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebagai sebuah GLC, pastinya kita ada tanggungjawab dan amanah untuk negeri kerana syarikat ini adalah syarikat yang menjadi antara satu daripada berpuluh atau beratus GLC lain yang mesti menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.
“Ini selaras dengan usaha Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH-Plus) diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, yang mahu membangunkan Sabah sikit demi sedikit dengan konsisten dan mencapai hasrat Sabah Maju Jaya (SMJ),” katanya lagi.
Dalam pada itu, Japlin turut menegaskan bahawa pihak luar yang mungkin ingin bekerjasama bersama CIS baik dari segi pengurusan pengangkutan simen dan sebagainya, mereka perlulah daripada pihak yang mempunyai kelayakan dan kemampuan.
“Kita tidak mahu ada bunyi tidak bagus, cakap pilih bulu atau apa, kita di CIS, kita mahu semua urusan tender urusan pengangkutan dan apa sahaja transaksi adalah dijalankan secara telus.
“Kita mahu menjadi sebuah GLC yang berdisiplin dan beretika dalam menjayakan misi membangun ekonomi negeri Sabah seperti mana yang dihajatkan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah.
“Semoga niat baik dan usaha baik kita ini dapat diterima pihak diluar sana dan insyaAllah, saya dan semua kakitangan CIS akan berusaha untuk meningkatkan pendapatan dan ekonomi CIS,” ujar beliau lagi.

