Sabah Electricity anjur rumah terbuka Krismas dan Tahun Baharu Ahad ini

LocalPolitics
24 Jan 2025 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Sabah Electricity akan menganjurkan Program Bersama Komuniti, Rumah Terbuka Hari Krismas 2024 dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Seri Sulaman, Tuaran pada Ahad ini (26 Jan) bermula jam 10 pagi sehingga jam 2 petang.

Rumah terbuka ini menjadi platfom untuk menyemai dan memupuk keharmonian dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, selain memberikan peluang kepada masyarakat di Daerah Tuaran untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan perkhidmatan Sabah Electricity.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Majlis tersebut akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato’ Sri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Sabah Electricity menyasarkan kehadiran lebih 2,000 orang dan pelbagai acara menarik dirancang, antaranya cabutan tiket bertuah, persembahan Tarian Singa dan persembahan pentas.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Orang ramai dijemput hadir ke rumah terbuka itu.