Cemerlang dalam peperiksaan! Anak Norman Hakim, Abby Abadi terima Anugerah Modal Insan

LocalFamily & Parenting
20 Jan 2025 • 5:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Terima Anugerah Modal Insan

Pelakon Norman Hakim meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Danisha Hakim terima Anugerah Modal Insan selain cemerlang dalam peperiksaan akhir tingkatan empat.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Norman atau nama lengkapnya Norman Nurhakim Zaidon, 49, di laman Instagramnya, dia turut berharap Danisha dapat mengekalkan prestasi tersebut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak.

Terima Anugerah Modal Insan

Instagram will load in the frontend.

Dengan setinggi0tinggi kesyukuran ke hadrat Allah, Papa, Mama, Mummy (panggilan Memey) dan Abah (Suami Abby) verterima kasih kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan yang indah ini.

Kami doakan agar awak terus konsisten dan istiqamah dalam mengekalkan kecemerlangan, seterusnya memuncak kejayaan yang lebih cemerlang untuk SPM pad apenghujung 2025, insya-Allah,” ujar Norman.

Dalam perkongsian itu, Danisha menerima anugerah pelajar cemerlang bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam.

Terima Anugerah Modal Insan

image is not available

image is not available

image is not available

Sekadar info, selain Maria Danisha, Norman memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Abby Abadi iaitu Mohd Danish Hakim, 22, yang merupakan huffaz al-Quran dan Marissa Dania Hakim, 20.

Selepas berpisah pada tahun 2008, Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 11, Muhammad Dikhriz Hakim, 9, dan Mikayla Delisha Hakim, 6.

Sumber: Instagram @Norman Hakim