Beg Bagasi Rosak ‘Teruk’ Selepas Melancong, Norman Hakim Luah Rasa Kesal - “30 Saat Saya Istighfar…”

26 Dec 2024 • 5:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Norman Hakim berkongsi pengalaman berdepan dengan situati di mana tiga daripada lapan bagasinya rosak setelah mendarat di tanah air.

 

Menerusi hantaran di Instagram, Norman atau nama lengkapnya Mohamed Nurhakim Zaidon menzahirkan rasa kesal terhadap perkara tersebut sebaik sahaja mendarat dari Korea Selatan. 

 

“Masa kali pertama tengok kondisi beg terutamanya yang ‘critically injured’ ni, faham-faham je lah ‘darah’ lelaki. 30 saat saya istighfar dan kawal nafas untuk menangkan akal berbanding emosi.

 

“Saya fikir mungkin orang yang ‘in charge’ ke atas beg ni ada masalah peribadi, jadi dia lepas amarah pada beg ni,” ujarnya.

 

Minta pendapat ramai

Dalam pada itu, aktor berusia 48 tahun berkenaan turut meminta orang ramai memberi pendapat tentang cara membendung permasalahan tersebut.

 

“Kepada yang mungkin pernah berdepan dengan insiden ni atau untuk mencegah daripada insiden ni terus berlaku, apa yang boleh kita bantu supaya syarikat penerbangan dapat bagi satu solusi untuk tangani benda ni.

 

“Yang dah banyak duit dekat luar sana mungkin tak ada hal, beg jahanam boleh beli lain. Kita ni bekerja bersengkang mata pagi, petang, siang, malam sayang sangat barang-barang, tak kisah lah beg ke, kasut ke dan yang sewaktu dengannya,” tambahnya lagi.