Censof peroleh kontrak perkhidmatan alat timbang bernilai RM9.46 juta daripada JPJ

Business & Finance
12 Dec 2023 • 9:24 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Censof peroleh kontrak perkhidmatan alat timbang bernilai RM9.46 juta daripada JPJ

diyana

12/12/2023 - 09:24

KUALA LUMPUR 12 Dis - Censof Holdings Bhd telah memperoleh kontrak bernilai RM9.46 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk perkhidmatan penyelenggaraan, pengesahan dan penentukuran 48 alat timbang di balai penguatkuasaan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia rumusan perisian pengurusan kewangan itu berkata kontrak tiga tahun berkenaan tamat pada Disember 2026, tanpa pilihan lanjutan apabila tamat.

Kumpulan itu berkata kontrak tersebut dijangka memberi kesan positif ke atas pendapatan dan aset bersihnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (FY24) dan seterusnya.

Pada pukul 9:21 pagi ini, saham Censof dibuka tinggi 0.5 sen atau 2.2% kepada 23 sen dengan permodalan pasarannya bernilai RM127 juta. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved