HeiTech Padu peroleh kontrak RM37 juta pasang sistem HIS@KKM di Hospital Sultan Ismail
diyana
06/12/2023 - 17:26
KUALA LUMPUR 6 Dis - HeiTech Padu Berhad telah menerima kontrak bernilai RM37 juta daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memasang sistem maklumat hospital, HIS@KKM di Hospital Sultan Ismail.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, HeiTech Padu berkata ia telah menerima surat anugerah (LOA) pada 5 Disember untuk menyediakan sistem HIS@KKM tersebut di hospital yang terlah di Johor Bahru.
Kontrak itu adalah untuk tempoh 36 bulan bermula dari 18 Disember 2023 hingga 17 Disember 2026.
“Kontrak ini adalah untuk kepentingan terbaik dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dan seterusnya sehingga kontrak selesai,” katanya.
Saham HeiTech Padu ditutup lebih tinggi 1 sen atau 1.2% pada 81.5 sen hari ini, menilai permodalan pasarannya sebanyak RM82.5 juta. - DagangNews.com


