CENTHRA Seru Pihak Berkuasa Henti Usir Serta Musnah Rumah Bajau Laut

9 Jun 2024 • 4:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

CENTHRA gesa kerajaan hormati dan lindungi hak Bajau Laut

CENTHRA Seru Pihak Berkuasa Henti Usir Serta Musnah Rumah Bajau Laut. Dilaporkan bahawa, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) telah menggesa pihak berkuasa agar menghentikan segera pengusiran dan pemusnahan rumah Bajau Laut di Sabah.

CENTHRA dalam satu kenyataan pada Ahad turut menggesa agar kerajaan menghormati dan melindungi hak Bajau Laut berkenaan.

image is not available
CENTHRA Seru Pihak Berkuasa Henti Usir Serta Musnah Rumah Bajau Laut. Sumber foto: Reuters

Melindungi masyarakat Bajau Laut

Termasuk dalam kenyataan berikut adalah untuk terus melindungi masyarakat Bajau Laut dengan mengiktiraf warisan budaya dan cara hidup mereka yang unik, yang secara sejarahnya berkait rapat dengan wilayah maritim Sabah.

CENTHRA juga turut menggesa agar memulakan dialog dan perundingan yang bermakna dengan komuniti Bajau Laut, NGO tempatan, pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa dan pihak berkepentingan yang berkaitan.

image is not available

Pendekatan kolaboratif ini dikatakan penting

Pendekatan kolaboratif ini dikatakan adalah penting untuk mencari penyelesaian yang berperikemanusiaan dan mampan dalam menghormati cara hidup dan hak asasi manusia Bajau Laut.

image is not available
Sumber foto: Pulau Mabul

Dalam masa yang sama, dikatakan juga antara langkah lain yang boleh dilakukan adalah meratifikasi dan mematuhi perjanjian hak asasi manusia antarabangsa utama seperti Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) dan ICESCR untuk mengukuhkan rangka kerja perundangan yang melindungi semua individu dalam sempadan Malaysia.

Ini dapat membuktikan komitmen Malaysia dalam menegakkan piawaian hak asasi manusia antarabangsa,” kata CENTHRA dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

image is not available

CENTHRA bersedia membantu kerajaan Malaysia

Oleh itu, CENTHRA bersedia bagi membantu kerajaan Malaysia dan pihak berwajib lain dalam menangani pencabulan hak asasi manusia melalui advokasi, penyelidikan dan cadangan dasar.

Kami menekankan keperluan untuk pendekatan berasaskan hak yang mengutamakan maruah dan kesejahteraan masyarakat Bajau Laut dan masyarakat tanpa kerakyatan yang lain.

“Komuniti antarabangsa mesti menyokong usaha untuk memastikan komuniti ini mendapatkeadilan dan diberi perlindungan yang sepatutnya,” jelas kenyataan itu lagi.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian pengusiran dan pemusnahan kediaman milik lebih 500 individu Bajau Laut di Sabah baru-baru ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai masyarakat Bajau Laut di sini: