“Yang Mengata Tu Tak Pernah Tengok Cermin..” – Terkejut Rakan Dikecam, Che Ta Minta Netizen Henti ‘Face Shaming’ Fathia Latiff

13 May 2024 • 2:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Selebriti Rozita Che Wan kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang mengutuk penampilan rakannya, pelakon sensasi Fathia Latiff ketika di rumah terbukanya baru-baru ini.

Cermin muka sendiri

Menurut pelakon dan usahawan ini, dia terkejut apabila melihat netizen tergamak meninggalkan komen serta kecaman tentang wajah Fathia.

Malah, aktres yang mesra disapa Che Ta ini meminta agar orang yang mengecam rakannya itu untuk cermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum menghina rupa paras orang lain.

Saya terkejut apabila gambar kami bersama menjadi kecaman netizen. Tak baiklah, jangan face shaming.

 

Kadang-kadang yang mengata tu tak pernah tengok cermin. Muka kau pun macam siku saja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ROZITA CHE WAN (@rozitachewan93)

Turut simpati dengan Fathia

Di samping itu, Che Ta mengakui berasa simpati terhadap Fathia yang sering menjadi bahan bualan netizen di media sosial. Katanya, meskipun dia secara peribadi tidak tahu apa yang dilalui aktres tersebut, namun Che Ta akan sentiasa memberi sokongan sebagai seorang teman.

Saya simpati apabila melihat dia sering terima kecaman ramai. Kita tak tahu apa yang dia lalui. Kita tak tahu apa yang membuatkan dia jadi seperti itu.

 

Mungkin kerana kekecewaan atau tidak mempunyai sokongan. Siapa pun kawan saya, saya okay saja. Kalau mereka berada dalam keadaan tak stabil atau ada masalah, kita kena sentiasa menyokong dan bersama dia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fathia (@fatiyalatiff)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 week ago

“Kenapa Lain Sangat?! Nampak Lagi Tua Daripada Che Ta” - Netizen Terkedu, Wajah Fathia Latiff Jadi Perhatian