CEO Astronomer Serah Surat Letak Jawatan Susulan Skandal Di Konsert Coldplay

Entertainment
20 Jul 2025 • 11:50 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi data, Andy Byron, meletakkan jawatan selepas rakaman aksinya memeluk seorang rakan sekerja wanita semasa konsert Coldplay menjadi tular di media sosial.

Insiden itu berlaku di Foxborough, Massachusetts, apabila pasangan tersebut dirakam kamera skrin gergasi sedang menari dan berpelukan sebelum tiba-tiba tunduk, dipercayai menyedari diri mereka sedang disorot.

image is not available

Byron, yang dilaporkan sudah berkahwin, dikenal pasti bersama Kristin Cabot, Ketua Pegawai Sumber Manusia syarikat yang sama.

Memetik laporan BBC, Astronomer, mengesahkan bahawa lembaga pengarah telah menerima peletakan jawatan Byron, dan menyatakan komitmen mereka terhadap nilai integriti serta kepimpinan yang bertanggungjawab.

CEO sementara kini digalas oleh Ketua Pegawai Produk syarikat sementara pencarian pengganti tetap diteruskan.

image is not available

Video insiden berkenaan telah mencetuskan perbincangan hangat dalam talian, sekaligus mencemarkan reputasi syarikat dan mendorong tindakan segera daripada pihak pengurusan tertinggi.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.