CEO Dikecam Lepas Pecat 90% Staf, Akui Guna AI Lebih Murah Dan Efisien

Technology
16 Jul 2023 • 1:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang Ketua Eksekutif sebuah syarikat di India telah memberhentikan 90 peratus staf sokongan syarikat itu selepas mereka beralih kepada ‘chatbot’ yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

Suumit Shah, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat e-dagang Dukaan berkata, bot kecerdasan buatan itu dibina oleh salah seorang saintis data di firma itu.

Bot tersebut mampu untuk bertindak balas kepada pertanyaan secara serta merta, berbanding dengan staf manusia yang mengambil masa purata 1 minit 44 saat.

image is not available

Shah yang mengasaskan syarikat itu pada tahun 2020 berkata, pemberhentian secara beramai-ramai itu adalah satu tindakan yang sukar namun diperlukan untuk syarikatnya. Sambungnya lagi, zaman sekarang adalah zaman di mana pekerjaan manusia boleh digantikan dengan kecerdasan buatan.

Masalah yang diambil untuk menyelesaikan masalah pelanggan juga menurun hampir 98 peratus apabila purata yang diperlukan oleh chatbot ialah 3 minit dan 12 saat. Untuk rekod, masa purata yang diperlukan oleh staf manusia ialah 2 jam dan 13 minit.

Berita tentang pemecatan staf syarikatnya diumumkan sendiri oleh Shah dalam satu ciapan di Twitter. Bagaimanapun, perkongsian itu ternyata mendapat reaksi sebaliknya dari warganet yang beranggapan ia adalah satu langkah yang tidak berperikemanusiaan.

image is not available

Menurut seorang individu, dia mendakwa Shah sebagai seorang yang tidak mempunyai empati dan rasa hormat kepada para pekerja.

Sambungnya lagi, seseorang yang kehilangan kerja bukanlah sesuatu yang boleh dikongsi dan dibanggakan oleh pemilik syarikat.

image is not available

image is not available

image is not available

Apa pendapat anda tenang isu ini? Daripada perspektif pemilik syarikat, penggunaan kecerdasan buatan adalah lebih efisien dan menjimatkan.

Namun, ia akan mengorbankan sumber rezeki pekerja sedia ada. Susah juga kan?

Kredit: Daily Mail

image is not available

Sumber: NY Post

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.