CEO HHRG, Fong Chee Khuen dipecat serta-merta kerana dakwaan salah laku

LocalBusiness & Finance
9 May 2025 • 11:48 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

CEO HHRG, Fong Chee Khuen dipecat serta-merta kerana dakwaan salah laku

image is not available

09/05/2025 - 11:48

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 9 Mei - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HHRG Bhd, Fong Chee Khuen, diberhentikan serta-merta atas dakwaan salah laku serius dan penyalahgunaan kuasa.

HHRG berkata, Chee Khuen, 53, digantung tugas sejak 7 April 2025 selepas menerima surat tunjuk sebab berkaitan transaksi kewangan dan tingkah laku.

Beliau dilantik sebagai CEO pada 3 Oktober 2022.

"Pemecatan Chee Khuen dibuat ketika HHRG berdepan pertikaian dengan pemegang saham terbesar syarikat, Cfamillie Holdings Sdn Bhd, yang mempunyai kaitan dengan keluarga Ch’ng.

"Ketika ini, Cfamillie tidak mempunyai wakil dalam lembaga pengarah HHRG," jelas HHRG dalam makluman di Bursa Malaysia.

Jelasnya, pertikaian itu melibatkan syarikat MG Furniture Sdn Bhd, di mana HHRG memiliki 51% saham hasil perjanjian jual beli dengan Cfamillie pada tahun 2022.

HHRG, yang sebelum ini dikenali sebagai Heng Huat Resources Group Bhd, sedang menyiasat MG Furniture dengan kebenaran mahkamah.

Sebagai sebahagian daripada siasatan, HHRG mendapat perintah mahkamah untuk menghalang tiga individu iaitu Ch’ng Chen Mong, Tan Poh Cheng dan anak mereka Ch’ng Boon Sin, daripada memasuki premis syarikat, kecuali untuk urusan rasmi dengan makluman awal. - DagangNews.com

standard