KPM Mohon Maaf Atas Kecuaian Papar Jalur Gemilang Yang Salah

LocalPolitics
24 Apr 2025 • 3:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memohon maaf atas kesilapan pihaknya memaparkan Jalur Gemilang yang salah dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut KPM, tindakan tegas akan diambil serta merta terhadap semua pihak yang terlibat.

“Kecuaian ini tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.”

“Tindakan tegas dan serta-merta telah diambil ke atas semua yang terlibat serta siasatan terperinci juga sedang dilaksanakan.”

KPM turut meminta laporan agar analisis tersebut dikembalikan semula kepada pihaknya dan pembetulan akan dilakukan dengan kadar segera.

image is not available

Menurut laporan salinan yang diterima oleh Astro Awani, kesilapan itu terkandung dalam muka surat 4, 14, 15, dan 16.

Laporan analisis tersebut telahpun dikongsikan kepada petugas media selepas pengumuman mengenai keputusan SPM 2024 dibuat oleh Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan.

Sebelum ini, Ketua Editor dan Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew Daily ditahan polis untuk membantu siasatan mengenai isu penyiaran ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar itu.

Sumber : Astro Awani

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.