CEO Huawei : Pelbagai Pencapaian Teknologi Milik Huawei Sukar Diatasi Pesaing

TechnologyDigital
5 Feb 2023 • 8:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

CEO Huawei, Richard Yu kini melalui sebuah temuramah, berkongsi pelbagai kejayaan yang telah ditempa oleh Huawei, dan turut menyatakan pelbagai syarikat teknologi yang lain sukar untuk mengatasi apa yang telah dicapai oleh Huawei.

image is not available

Mengikut apa yang dikongsikan, Huawei sedia memperkenalkan sokongan komunikasi berasaskan satelit sebelum yang lain, selain turut membangunkan teknologi skrin yang baik, disamping teknologi rakaman gambar dan lain-lain.

Huawei sendiri ketika menduduki tangga ketiga dalam arena telefon pintar, sedia memperkenalkan sejumlah inovasi pada telefon keluaran mereka – membuatkan pelbagai pengeluar lain dilihat seperti “ketinggalan” dengan penawaran-penawaran yang dibawakan oleh Huawei.

Apa pun, kini Huawei menghadapi tekanan disebabkan halangan dagangan oleh pihak Amerika Syarikat – membuatkan mereka melihat kepada beberapa alternatif, termasuk membangunkan sistem operasi sendiri, dan juga pembangunan beberapa komponen secara sendiri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved