
Umum mengetahui bahawa warga emas selalunya akan mengalami kesulitan untuk menggunakan teknologi pada masa kini yang semakin lama semakin canggih.
Jadi, ramai antara datuk dan nenek kita yang sukar nak guna Smart TV atau Air Fryer sebab alat-alat ni tidak pernah digunakan oleh mereka ketika mereka muda-muda dulu.
Namun, seorang pemuda ini pula menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsi video di TikTok tentang caranya mengajar neneknya menggunakan Smart TV yang baru dibeli.
Video tersebut dikongsikan di akaun TikTok willdonayrehart beberapa hari lepas dan kini telah meraih tontonan lebih 5 juta di platform tersebut.
@willdonayrehart Hung Grandmas New 75in TCL Smart Tv , Got Comcast internet Installed & Teaching Her How To Use Netflix.
Lelaki berkenaan telah mengajar neneknya itu menggunakan Smart TV persis seperti seorang guru mengajar murid-muridnya di sekolah.

Neneknya juga diajar secara amali kerana ketika dia menjelaskan cara untuk menggunakan TV baru yang berukuran 75 inci itu, dia turut menyuruh neneknya menekan alat kawalan jauh.

Bagus la tu kan, bila buat secara amali barulah lagi cepat ingat dan pandai.
Selain itu, cucu mithali itu juga mengajar neneknya cara untuk menonton filem menerusi Netlfix.
Rata-rata netizen memuji cara lelaki berkenaan mengajar neneknya kerana dia menjelaskan setiap langkah dengan penuh kesabaran.

Ada juga netizen yang berseloroh mahu hantar ibu bapa mereka untuk belajar guna Smart TV dengan lelaki ini.

Sumber: TikTok @willdonayrehart
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


