CEO Kaki Review maafkan netizen, ucap terima kasih beri kecaman -“Nama aku dah mendunia”

LocalEntertainment
14 Feb 2025 • 6:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Seorang pencipta kandungan yang juga pengulas makanan dikenali CEO Kaki Review maafkan netizen yang berkata negatif mengenai dirinya.

Malah, ada dalam kalangan pengguna media sosial menyindir cara pempengaruh itu membuat ulasan, terutama ayat yang digunakannya seperti ‘sos yang jahat’ dan ‘roti yang juicy’.

@ceokakireview

elok je ak makan,sedap je..kena dengan tekak ak,baca bismilillah dulu sebelum nak makan.. Wawasan Selera, Jalan SS 3/33, Taman Universiti, 47300 Petaling Jaya, Selangor Garden Western Grill Rabu - Ahad ( Hari Isnin dan selasa cuti) 6:00 Petang - 11:00 Malam ( Last Order 10.30 Malam)

♬ original sound - KAKI REVIEW - KAKI REVIEW

Ia susulan pempengaruh itu berpendapat mana-mana pengulas makanan tidak perlu memberi ulasan jujur yang boleh menjatuhkan perniagaan orang lain.

image is not available

CEO Kaki Review maafkan netizen

Tampil dengan sebuah video, CEO Kaki Review itu memaafkan segala komen yang ditinggalkan oleh netizen terhadapnya sejak kebelakangan ini.

Dalam hantaran yang sama, pempengaruh yang mempunyai lebih 100,000 pengikut di TikTok itu juga berterima kasih kepada warganet yang menegurnya dan memaklumkan akan memperbaiki kelemahannya pada masa akan datang.

“Aku nak ucap juga ribuan terima kasih kepada korang netizen kerana naikkan nama CEO Kaki Review.
“Nama aku dah mendunia, rasa jahat daripada mulut aku dah mendunia, juicy dah mendunia. Alhamdulillah, terima kasih,” ujarnya.

image is not available

Katanya lagi, dia juga tidak berdendam dengan mana-mana pihak, malah mendoakan kebaikan buat netizen yang menegurnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial seorang TikToker meminta pencipta kandungan untuk tidak terlalu jujur dalam memberi ulasan terhadap makanan di sesebuah kedai.

image is not available

Katanya, tindakan jujur pencipta kandungan tersebut boleh mempengaruhi pelanggan lain dan kesan negatif terhadap peniaga yang bergelut dalam mencari rezeki.

Sumber: TikTok ceokakireview