CEO Kaki Review Maafkan Netizen, Ucap Terima Kasih Sebab ‘Naikkan’ Namanya

Entertainment
14 Feb 2025 • 4:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, beberapa nama pempengaruh makanan menjadi bualan netizen susulan seorang pengulas yang dikenali sebagai CEO Kaki Review meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pempengaruh yang memberikan ulasan jujur.

Katanya, pempengaruh itu tidak perlu memberi ulasan jujur yang boleh menjatuhkan perniagan orang lain.

Disebabkan tindakan menegur itu, CEO Kaki Review menerima kecaman hebat dan beberapa video ulasannya kembali menjadi perhatian ramai.

Malah, ada pengguna media sosial menyindir cara pempengaruh itu membuat ulasan. Antara penggunakan ayat yang digunakannya seperti ‘sos yang jahat’ dan ‘roti yang juicy’.

image is not available

Hal ini disebabkan, netizen merasakan penggunaan ayat itu salah dan tidak menggambarkan nilai rasa sebenar.

CEO Kaki Review maafkan netizen

Terbaharu, pempengaruh terbabit tampil dengan sebuah video, memaafkan segala komen negatif yang ditinggalkan netizen.

Dia juga berterima kasih kepada netizen yang menegurnya dan akan memperbaiki kelemahannya pada masa akan datang. Dalam pada itu, susulan isu terbabit, namanya telah dikenali disebabkan para netizen.

“Aku nak ucap juga ribuan terima kasih kepada korang netizen kerana naikkan nama CEO Kaki Review.

“Nama aku dah mendunia, rasa jahat daripada mulut aku dah mendunia, juicy dah mendunia. Alhamdulillah, terima kasih,” ujarnya.

Pempengaruh yang mempunyai lebih 100,00 pengikut di TikTok itu menyatakan bahawa dia tidak berdendam dan mendoakan kebaikan buat netizen yang menegurnya.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.