CEO Microsoft temu PM Anwar Ibrahim, umum pelaburan RM10.5 billion

TechnologyBusiness & Finance
2 May 2024 • 1:26 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Microsoft mengumumkan yang mereka memperuntukkan sejumlah USD2.2b (~RM10.5b) merentasi 4 tahun untuk memacu transformasi digital Malaysia.

Pelaburan ini meliputi pembinaan infrastruktur pengkomputeran awan dan AI, mewujudkan peluang pengkayaan ilmu AI untuk 200,000 individu, membina Pusat Kecemerlangan AI kebangsaan, dan menyokong komuniti pembangun di Malaysia.

image is not available

Ini adalah pelaburan kedua Microsoft di Malaysia dalam masa terdekat. Dalam tahun 2021 lalu, syarikat itu mengumumkan melabur USD1b (RM3.77b) untuk tempoh 5 tahun bagi menjalankan inisiatif membuka pusat data serantau pertama mereka di Kuala Lumpur dalam inisiatif yang dinamakan "Bersama Malaysia".

Pada ketika itu, Microsoft juga merancang untuk memperkasa sejuta rakyat Malaysia dengan kemahiran-kemahiran berkaitan industri digital menjelang 2023.

Sumber: Microsoft

Bacaan berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved