Microsoft Build: AI Day Dijadualkan Pada 2 Mei Ini – Satya Nadella Akan Memberi Ucaptama

TechnologyDigital
5 Apr 2024 • 1:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa acara Microsoft Build: AI Day akan ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak, dan sayangnya ia juga bermakna bahawa CEO Microsoft, Satya Nadella akan terpaksa menundakan kedatangannya di rantau ini dan juga Malaysia.

Terkini, laman web Microsoft Build: AI Day telah dikemaskini, dan tarikh baru untuk acara tersebut telah diumumkan pada 2 Mei 2024 ini. Lokasi acara juga sudah bertukar, dimana sebelum ini ia dijadualkan di Kuala Lumpur Convention Centre. Kini, lokasi baru acara tersebut sudah bertukar ke Nexus Connexion Conference & Event Centre di Bangsar South.

Seperti sebelum ini, pihak Microsoft juga telah mengesahkan bahawa Satya Nadella akan ke Malaysia untuk memberi ucaptama di acara tersebut. Microsoft Malaysia juga telah mengesahkan bahawa pendaftaran sudah dibuka untuk mereka yang berminat untuk menyertai acara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved