CEO NVIDIA Sasar Majikan Mula Menawarkan Token AI Sebagai Insentif Tambahan Selain Gaji Para Pekerja

TechnologyBusiness & Finance
20 Mar 2026 • 6:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkembangan arena kecerdasan buatan janaan memperlihatkan ramai mula menggunakannya dalam tugasan dan kerja harian, terutamanya pengaturcara. Hal ini turut membawa kepada peningkatan penggunaan token, yang mungkin membawa kepada kos tinggi untuk pekerja.

image is not available

Menyentuh mengenainya, CEO NVIDIA menyatakan majikan kelak akan mula menawarkan token AI sebagai insentif tambahan selain gaji setiap pekerja, dalam usaha untuk membolehkan pekerja berkenaan meningkatkan produktiviti. Ini juga dijangka akan mencorak budaya kerja akan datang. CEO NVIDIA turut menyatakan beberapa majikan di Silicon Valley telah mula menawarkan insentif dalam bentuk token AI ini.

Penawaran token AI ini juga dijangka akan membolehkan pekerja untuk mengaktifkan sejumlah AI berejen, dan membantu mereka dalam melakukan tugasan harian, serta menyelesaikan sesuatu perkara. Langkah ini dijangka akan meningkatkan kadar produktiviti secara berganda, dan secara tidak langsung membolehkan sesuatu perkara diselesaikan dengan lebih awal.

Perubahan dalam corak kerja ini dijangka akan hadir pada syarikat-syarikat teknologi terlebih dahulu, sebelum mungkin syarikat industri lain turut melakukan perkara sama.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved