CEO, Pengarah Aman Palestin mengaku tidak bersalah pecah amanah dana RM39.5 juta

15 Feb 2024 • 3:16 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Tiga individu dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 164 pertuduhan penggubahan wang haram, menipu dan pecah amanah.

Ketiga-tiga individu terbabit yang merupakan Pengerusi Eksekutif, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dan seorang pengarah syarikat pelaburan melakukan kesalahan tersebut melibatkan dana RM39.5 juta.

Bagaimanapun Abdullah Zaik Abdul Rahman, 58; Awang Suffian Awang Piut, 52; serta Khairudin Mohd Ali, 49, masing-masing mengaku tidak bersalah.

Pendakwaan dikatakan dibuat mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).

Terdahulu, SPRM mengesahkan telah membeku 41 akaun membabitkan syarikat tersebut berjumlah RM15,868,762. Tindakan tersebut dilakukan selepas ada dakwaan menyatakan syarikat berkenaan menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Dalam pada itu juga, beberapa premis milik NGO berkenaan digeledah bagi tujuan penyiasatan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 27 Feb untuk mendengar permohonan Aman Palestin bagi semakan kehakiman terhadap keputusan SPRM membekukan akaun banknya sehingga siasatan selesai.