Pegawai Atasan Aman Palestin Mengaku Tidak Bersalah Atas 52 Pertuduhan Pecah Amanah

LocalPolitics
15 Feb 2024 • 2:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Dua pegawai atasan Aman Palestin Sdn Bhd (Aman Palestin) mengaku tidak bersalah atas 52 pertuduhan pecah amanah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Memetik laporan Malaysiakini, jumlah dana yang terlibat dalam pertuduhan tersebut berjumlah sebanyak lebih RM20 juta.

Pegawai atasan Aman Palestin mengaku tidak bersalah

image is not available

Foto: Kosmo Digital

Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman bersama Ketua Pegawai Ekskutif, Awang Suffian Awang Piut didakwa melakukan jenayah itu atas kapasiti sebagai pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin.

Kedua-dua Abdullah Zaik dan Awang Suffian didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 12 Mac 2018 hingga 3 November tahun lalu di Maybank cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor dan kes bakal dibicara dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

image is not available

Foto: Malaysiakini

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib berkata kedua-dua yang tertuduh bersetuju dengan kadar ikat jamin ditetapkan iaitu sebanyak RM1 juta.

Separuh daripada jumlah berkenaan akan dibayar kepada mahkamah hari ini, manakala bakinya perlu dijelaskan sebelum tarikh sebutan semula kes pada 14 Mac depan yang ditetapkan oleh Hakim Anita Harun.

Terdahulu, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun milik Aman Palestin Sdn Bhd dan beberapa syarikat lain membabitkan dana lebih RM15.8 juta.

Sumber: Malaysiakini (Alya Alhadjri)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved