CEO PSM mengaku tidak bersalah, pertuduhan rasuah projek naik taraf Pusat Skuasy

LocalPolitics
18 Jun 2026 • 11:46 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

CEO PSM hadir di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan rasuah projek Pusat Skuasy Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil, berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis selepas didakwa terlibat dalam kes rasuah membabitkan projek naik taraf Pusat Skuasy bernilai jutaan ringgit, namun beliau mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut kertas pertuduhan, Iliyas didakwa meminta suapan berjumlah RM1,005,000 serta menerima enam suapan berjumlah RM450,000 daripada Yap Yeow Kuen, 60.

Memetik laporan Sinar Harian, suapan berkenaan didakwa sebagai dorongan kepada beliau selaku pegawai badan awam dan CEO PSM untuk menyokong pemilihan Syarikat Aerolux Power Constructions Sdn Bhd sebagai kontraktor utama bagi Projek Menaik Taraf Gelanggang dan Kemudahan Sukan di Pusat Skuasy Nasional, Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil bernilai RM8.73 juta.

Baca juga:

Kes berkenaan dipercayai berlaku di beberapa lokasi termasuk pejabat PSM dan sebuah restoran di pusat beli-belah di Sri Petaling, Bukit Jalil, dalam tempoh 24 Februari hingga 13 April lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, bergantung mana lebih tinggi.

The post CEO PSM mengaku tidak bersalah, pertuduhan rasuah projek naik taraf Pusat Skuasy appeared first on The Reporter.