Koperal polis didakwa miliki dadah di lokap mahkamah

LocalPolitics
18 Jun 2026 • 5:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Koperal polis didakwa miliki dadah di lokap mahkamah
Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan memiliki dadah di lokap Kompleks Mahkamah Kota Bharu. Gambar hiasan

KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memiliki dadah di lokap Kompleks Mahkamah Kota Bharu, minggu lepas.

Mohammad Fadhirul Musa, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Dia didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 19.8 gram di lokap kompleks mahkamah itu pada 8.29 pagi 8 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan sebatan maksimum sembilan kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nadzir Abdullah manakala lelaki itu diwakili peguam Mohd Azrizal Hamzi dan Muhammad Husni Mubarak Ghazali.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Julai untuk sebutan semula kes.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved