CEO Qualcomm – Masa Depan AI Bukan Pada Aplikasi Tetapi Pada Interaksi

TechnologyDigital
22 Oct 2024 • 4:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di acara Snapdragon Summit pagi ini, CEO Qualcomm Cristiano Amon berkongsi pendapat beliau mengenai masa depan penggunaan kecerdasan buatan (AI). Menurut Amon ia bukanlah dalam bentuk aplikasi yang diperlukan orang ramai tetapi sebaliknya terletak pada interaksi pengguna dengan AI.

image is not available

Beliau melihat interaksi pengguna dengan aplikasi perbankan misalnya dilakukan sepenuhnya dengan suara. Pembantu maya peranti boleh memberitahu pengguna tiga transaksi terakhir atau memberikan saranan sama ada pengguna berjaya memenuhi sasaran wang simpanan yang telah ditetapkan.

Kerana AI dijalankan terus dalam peranti, ia juga memahami konteks. Apabila melihat gambar produk di dalam laman edagang misalnya, pengguna boleh bertanya sama ada terdapat wang mencukupi untuk membelinya.

image is not available

Menerusi AI multi modal yang memahami gambar pula, pengguna hanya perlu menggunakan kamera untuk mengambil gambar bil elektrik dan kemudian mengarahkan AI untuk melakukan pembayaran bagi pihak pengguna secara automatik. Pada ketika ini visi Amon masih lagi belum menjadi realiti tetapi ia adalah penggunaan AI yang lebih berguna berbanding yang boleh dilakukan pada ketika ini,

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved