CEO SK Hynix Meramalkan Isu Kekurangan RAM Semakin Meruncing 202

TechnologyBusiness & Finance
13 Jul 2026 • 1:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

CEO SK Hynix, Kwak Noh‑jung, menjangka industri memori global akan mengalami krisis bekalan paling buruk pada 2027 . Dalam temubual bersama Reuters minggu lalu beliau turut menjangka permintaan akan terus melebihi kapasiti pengeluaran sehingga selepas 2030. Ini adalah dua tahun lebih lama berbanding ramalan asal mengatakan krisis RAM akan berakhir menjelang 2028.

Image from: CEO SK Hynix Meramalkan Isu Kekurangan RAM Semakin Meruncing 202

Permintaan untuk RAM akan terus meningkat berikut terdapat ratusan projek pusat data kecerdasan buatan (AI) yang sedang dibina serentak. SK Hynix adalah satu daripada tiga pengeluar RAM utama dunia bersama dengan Samsung dan Micron. Peningkatan permintaan berbanding kapasiti pengeluaran membawakan keuntungan besar kepada ketiga-tiga syarikat. Samsung Device Solutions meramalkan keuntungan operasi 2026 akan melangkaui keuntungan terkumpul 40 tahun terdahulu.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, SK Hynix sedang mempertimbangkan pembinaan kilang wafer baharu, dengan Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Tenggara sebagai calon lokasi utama. Pada penghujung Jun, SK Hynix dan Samsung mengumumkan dua tapak fabrikasi cip besar-besaran baharu bernilai 800 trilion won (~RM 2.1 trilion)akan dibina bagi menyokong ekosistem penghasilan cip Korea Selatan.

Ia merupakan sebahagian daripada Tiga Projek Mega (Three Mega Projects ) yang akan menelan belanja 1 kuadrilionn Won (~RM 2.7 trilion) bagi membangunkan hab semikonduktor, pusat data kecerdasan buatan (AI) dan teknologi robotik Korea Selatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved