
Selamat data ke era krisis RAM global yang menyebabkan harganya melonjak secara melampau, harga peranti juga mencanak naik, saiz storan serta memori semakin terhad dan hanya beberapa syarikat teknologi dunia sahaja boleh mengatakan ia adalah berita baik buat mereka.
Salah satu daripadanya ialah Samsung Device Solutions (DS) dengan Kim Yong-kwan, presiden dan ketua pengurusan korporat, strategi dan operasi DS untuk Samsung Electronics menjangka keuntungan operasi perniagaan semikonduktor sepanjang 2026 adalah lebih besar berbanding keuntungan terkumpul sejak 40 tahun lalu.

Pada suku lalu Samsung DS mencatatkan keuntungan operasi $58.5 billion (~RM 239 bilion) yang melebihi $55.1 billion menurut jangkaan penganalisa. Ini juga meletakkan Samsung sebagai syarikat dengan keuntungan suku terbesar pernah dicatatkan dalam sejarah. Ia memintas rekod NVIDIA yang mencatatkan keuntungan suku sebanyak $53.54 bilion
Samsung DS menyumbang 94% keuntungan operasi Samsung Electronics pada suku pertama 2026. Keuntungan besar dijangka terus kekal sehingga 2028 apabila bekalan RAM dijangka stabil semula.
Keuntungan berlipat ganda ini menjadi sebab kesatuan sekerja mengancam mengadakan mogok 18 hari sekiranya permintaan bonus mereka tidak dipenuhi. Selepas perbincangan dilakukan, kakitangan semikonduktor Samsung menerima bonus RM 1.3 juta seorang sedangkan pekerja perniagaan lain hanuya menerima bonus sekitar RM 16,000 seorang.
Akibatnya ribuan kakitangan Samsung Device eXperience (DX) merancang menganjurkan perhimpunan di ibu pejabat Samsung pada 16 Julai depan bagi menyuarakan ketidakpuasan hati bonus tidak diberikan sama rata.
Sumber – Korea JoongAng Daily

