CEO Star City terangkan status dengan Imigresen

Football
20 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

CEO Star City terangkan status dengan Imigresen

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star City, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan, menegaskan pihaknya dan kelab Imigresen (IFC) sudah bergerak secara berasingan sejak musim lalu.

Penganjur Liga A1, Liga Bolasepak Malaysia (AFL) petang tadi mengesahkan IFC telah menarik diri. Lantas Star City menjelaskan bahawa kedua-dua pasukan tidak lagi mempunyai kaitan dalam aspek pengurusan.

Jelas Syed Mahadi, keputusan pengurusan kedua-dua pasukan untuk membawa haluan masing-masing telah dipersetujui secara bersama dan pihak IFC sedia maklum mengenai situasi berkenaan.

Fokusnya kini adalah untuk memastikan Star City mampu muncul sebagai sebuah kelab yang berdaya saing, bukan sahaja dengan pencapaian prestasi di atas padang malah melangkaui segenap aspek termasuklah kebajikan pasukan.

"Di peringkat awal kami memang bersama -- waktu dokumentasi persijilan dan pelesenan.

"Sebab masa itu kami belum lagi ada platform untuk bergerak.

"Syarat asas yang dikenakan MFL yang memerlukan kami memenuhi beberapa syarat.

"Sebaik dipenuhi, kami terus bergerak berasingan dan ini dipersetujui bersama.

"Tiada isu berbangkit dalam hal ini, kami memang tidak boleh ambil tahu (tentang IFC) sebab kami bergerak secara berasingan.

"IFC pun faham dan tahu perkara ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhami. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved