Liga Super: Syed Mahadi mahu Star City raih kemenangan kedua, tewaskan Selangor

LocalFootball
30 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Liga Super: Syed Mahadi mahu Star City raih kemenangan kedua, tewaskan Selangor

Ketua Pegawai Eksekutif Star City, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan, menaruh harapan tinggi untuk melihat pasukannya meraih kemenangan kedua dalam kempen Liga Super musim ini, tatkala bakal menghadapi Selangor di Kelana Jaya Ahad ini.

Menyedari tugas berat menanti, Syed Mahadi bagaimanapun percaya pengendali pasukan, Mehmed Durakovic memiliki perancangan rapi bagi menyekat kemaraan Gergasi Merah, sekaligus cipta kejutan.

Untuk rekod, selepas mengharungi lima perlawanan, Star City kini menghuni kedudukan ke-10 liga dengan kutipan lima mata hasil daripada satu kemenangan dua seri serta dua tewas.

"Seperti yang diketahui, Selangor memiliki kualiti pasukan yang cukup baik dan beraksi dalam saingan Piala FA, pasukan membuktikan dengan permainan yang cemerlang kami mampu menewaskan mereka," katanya.

"Itu satu pencapaian terbaik pasukan dan menyedari berdepan mereka kali ini sebagai pasukan bukan pilihan, namun pasukan tidak akan hadir sekadar untuk melengkapkan jadual perlawanan sebaliknya akan memburu kemenangan."

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved