CEO TNB jamin rantaian pembekalan tenaga mereka utuh

28 Jul 2022 • 10:16 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Sekitar tengah hari 27 Julai 2022 pengguna di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia berdepan masalah ketiadaan bekalan elektrik untuk satu tempoh yang agak panjang. Bukan sekadar pengguna domestik, penggun industri seperti sistem pengangkutan dan telco turut melaporkan masalah servis yang bergantung kepada tenaga elektrik.

Rentetan daripada peristwia tersebut, presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kepada syarikat pembekal tenaga terbesar Malaysia, Datuk Baharin Din, menjamin yang rantaian pembekalan tenaga mereka masih lagi berada dalam kedaan baik dan hanya impak minimum dirasai, semuanya disebabkan grid tenaga yang ada ciri pintar dan mampu memulihkan pembekalan sepantas mungkin.

image is not available
Tangkap layar daripada video yang didakwa PMU Yong Peng

Kegendalaan pembekalan ini dilaporkan TNB berpunca daripada Pencawang Masuk Utama (PMU) yang terletak di Yong Peng, Johor. Ia menyebabkan sistem kehilangan 2.2GW elektrik ataupaun bersamaan dengan 10% permintaan untuk Semenanjung Malaysia.

Sebuah PMU tugasnya adalah untuk menurun atau menaikkan voltan tenaga untuk tujuan penghantaran ke subpencawang sebelum ditukar semula kepada voltan yang anda gunakan di kediaman sekarang.

CEO juga memohon maaf kepada pengguna atas isu ini dan pihaknya akan jalankan siasatan terperinci bersama Suruhanjaya Tenaga supaya kejadian yang sama tidak berulang lagi.

Sumber: TheStar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved