CEO Twitter Ingin Menambah Ciri Pengiklanan Video Dalam Format Paparan Penuh Skrin

TechnologyDigital
30 Jun 2023 • 10:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada TikTok, apabila anda memulakan aplikasi buat pertama kali, ia akan memaparkan video iklan pada paparan skrin penuh, termasuk audio dan pautan. Mengambil inspirasinya, kini CEO baharu Twitter turut diperkatakan ingin mengintegrasikan perkara lebih kurang sama.

image is not available

CEO baharu Twitter, Linda Yaccarino telah pun mula bertemu dengan pelbagai pengiklan, dan ingin menambah ciri paparan iklan video memenuhi skrin sambil memainkan audio. Namun, ia dilihat ciri ini akan ditambah pada latar tontonan video di Twitter sahaja, dan bukannya pada halaman utama Twitter.

Disamping itu, CEO Twitter juga ingin membawa pelbagai selebriti dan ahli politik ke platform berkenaan, dalam usaha boleh menjual lebih banyak pengiklanan pada platform tersebut.

Sebelum ini, sejak pengambil-alihan Elon Musk, pelbagai syarikat dan jenama telah mengurangkan perbelanjaan pengiklanan pada platform Twitter. Ini sekaligus memberikan impak besar pada pendapatan perkhidmatan sosial tersebut. Kini, dibawah CEO baharu, Twitter berharap dapat membawa kembali pengiklan dan meningkatan jualan pengiklanan pada platform tersebut.