Twitter Ingin Memfokuskan Video Dan Edagang Dalam Meningkatkan Pendapatan

TechnologyDigital
17 Jun 2023 • 4:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter dibawah CEO baharu kini sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam penjanaan pendapatan, selain daripada pengiklanan semata-mata. Antara arena yang ingin difokuskan adalah pada video dan juga kerjasama edagang pada platform tersebut.

Ia dikatakan kini Twitter telah dalam perbincangan bersama beberapa  ahli politik dan artis, disamping turut bertemu dengan perkhidmatan pembayaran, penerbit kandungan, syarikat media dan sebagainya.

Elon Musk sendiri sebelum ini beberapa kali telah menyatakan hasrat untuk membangunkan Twitter menjadi “Super App” atau aplikasi semua-dalam-satu seumpama WeChat di China.

Pihak Twitter juga berkongsi menyatakan kini video menegak memperlihatkan hampir 10% daripada masa penggunaan Twitter – sekaligus menunjukkan potensi kandungan video pada platform berkenaan. Untuk pelanggan Twitter Blue, pihak Twitter sedia menawarkan kemudahan untuk memuat-naik video pada durasi panjang, disamping turut sedang melihat kepada pengenalan ciri video langsung pada platform berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved