“Cepatnya Pregnant, Kan Baru Kahwin” – Nad Zainal Jawab Dakwaan Netizen

22 Feb 2023 • 11:42 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pasangan selebriti, Nad Zainal dan suaminya Ungku Ismail kini dihimpit pula dengan dakwaan salah guna wang dana yang dikutip bagi membantu membayar kos rawatan Nad sebelum ini.

image is not available

Nad bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang penjelasan jika tiada suaminya.

Bukan hal itu sahaja yang menjadi bualan tetapi video dimuat naik oleh Nad baru-baru ini turut mendapat perhatian peminat.

Menerusi video itu, Nad mempromosikan susu kambing jenama tempatan yang elok diminum oleh ibu mengandung.

Bagaimanapun, perutnya pula yang menjadi bualan apabila ramai yang menyangka dirinya hamil. Malah, ada yang persoal tentang usia kandungan dengan tempoh mereka mendirikan rumah tangga.

“Cepatnya mengandung, baru juga dia kahwin.” – Netizen.

Nad yang sedar tentang perkara itu menjawab dengan tenang dan menjelaskan dia tidak hamil tetapi hanya buncit.

Sesetengah individu turut menyebelahinya dan berkata ibu yang melahirkan dengan kaedah cser susah untuk kempiskan perut semula selain ramai yang turut mendoakan rezeki untuk pasangan itu.

image is not available

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.