"Cerai Pakai Call, Depan Keluarga" - Hafidz Roshdi Cerai Talak Satu Dengan Isteri

24 Feb 2023 • 10:45 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi, 29, bersama bekas isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri, 29 akhirnya menemui penyelesaian apabila sah bercerai dengan talak satu.

Perkara itu dimaklumkan adik Nurul Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia ketika dihubungi BH Online, sebentar tadi.

(Video Khas Menjelang Perkahwinan)

Sofia berkata, Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon dan kini sedang menunggu tarikh perbicaraan di mahkamah.

"Ya betul, Hafidz dan Shu (Nurul Shuhada) bercerai talak satu melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing.

Dalam masa sama, Sofia berkongsi, Nurul Shuhada dan Hafidz berdepan masalah rumah tangga sejak tahun lalu selepas kehadiran wanita yang didakwa menjadi orang ketiga, Athira Yuhada yang mengganggu rumah tangga mereka.

image is not available

"Jujurnya, konflik bermula sejak tahun lalu. Namun, Athira banyak mempengaruhi Shu dari segi emosi, kacau dan melakukan provokasi sejak akhir ini.

"Hafidz dan Shu tak duduk sebumbung, sejak minggu ini. Sebelum ini, masih boleh tinggal sekali.

"Kita doakan kebenaran untuk Shu dan anak-anaknya. Semoga Athira dan Hafidz diberikan hidayah oleh Allah," katanya.