Ceritaku@Sekolah Pupuk Budaya Membaca, Perkasa Keyakinan Pelajar - Haslina

5 Oct 2026 • 4:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Ceritaku@Sekolah Pupuk Budaya Membaca, Perkasa Keyakinan Pelajar - Haslina

Pendidikan bukan hanya berlaku di dalam bilik darjah, sebaliknya pengalaman di lapangan turut memainkan peranan penting dalam menghidupkan ilmu secara lebih mendalam dan praktikal.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslina Abdul Hamid berkata, perkara itu penting dalam usaha memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar.

Image from: Ceritaku@Sekolah Pupuk Budaya Membaca, Perkasa Keyakinan Pelajar - Haslina
Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Haslina Abdul Hamid ketika berucap pada Majlis Perasmian Ceritaku@Sekolah hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Program Ceritaku@Sekolah 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1), Putrajaya, hari ini.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan hari ini, program anjuran kementerian menerusi Perpustakaan Negara Malaysia itu merupakan inisiatif bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah melalui pendekatan lebih interaktif dan bersepadu.

Katanya, program berkenaan memberi fokus kepada penyebaran ilmu, pembudayaan membaca serta pengukuhan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar.

“Inisiatif ini bukan sahaja dapat menyemai minat membaca dan menyokong pelaksanaan program NILAM, malah turut membantu meningkatkan kefahaman, keyakinan diri dan kemahiran komunikasi pelajar serta menggalakkan mereka untuk lebih berani mengekspresikan idea dan pemikiran,” ujarnya.

Masuk Tahun Ketiga

Jelasnya, penganjuran Ceritaku@Sekolah 2026 kini memasuki tahun ketiga selepas pertama kali dilaksanakan pada 2024.

Image from: Ceritaku@Sekolah Pupuk Budaya Membaca, Perkasa Keyakinan Pelajar - Haslina
Gambar: Kementerian Perpaduan Negara

Program berkenaan pada mulanya dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Convent Sentul (1), Kuala Lumpur sebelum diteruskan di Sekolah Kebangsaan Seberang Marang, Terengganu pada 2025.

Menurut kementerian, kesinambungan program itu mencerminkan usaha berterusan dalam memupuk budaya membaca serta memperkukuh nilai murni dalam kalangan generasi muda.

Baca juga:

Kementerian Perpaduan Negara berkata, pendekatan yang lebih interaktif menerusi program berkenaan diharap dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved