Pelajar kutip sampah tengah banjir, elak longkang tersumbat

WorldEnvironment
28 Sep 2026 • 9:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar kutip sampah tengah banjir, elak longkang tersumbat

BANGKOK – Di tengah-tengah banjir besar yang melanda Bangkok, tindakan murni seorang pelajar sekolah mendapat pujian meluas di media sosial selepas dia dirakam meredah air keruh untuk memungut sampah terapung sebelum menyebabkan saluran longkang tersumbat, lapor akhbar Bangkok Post.

Klip video tersebut, yang dimuat naik di aplikasi TikTok oleh pengguna bernama Ndphk,  dengan pantas menarik perhatian ramai netizen. 

Kejadian berlaku di kawasan Soi On Nut 17 yang dilanda banjir ketika hujan lebat kelmarin. 

Paras air meningkat hampir separuh ketinggian roda kenderaan, manakala pelbagai beg sampah kelihatan terapung mengikut arus air.

Melihat situasi semakin buruk, pelajar tersebut  berhenti di tepi jalan, meletakkan beg sekolah lalu  memungut beg-beg sampah yang hanyut. 

Dia kemudian membawa sampah sarap itu ke tong sampah berdekatan bagi mengelakkannya daripada tersumbat di dalam longkang serta mengalihkan halangan di laluan jalan raya.

Tindakan spontan dan berjiwa murni itu menyentuh hati orang ramai sehingga ruang komen video berkenaan dibanjiri pelbagai bentuk pujian.- AGENSI

The post Pelajar kutip sampah tengah banjir, elak longkang tersumbat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved