Cermin Mata Pintar Apple Ditunda Ke Akhir 2027

TechnologyDigital
1 Jun 2026 • 3:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak Ray-Ban Meta dilancarkan, ramai peminat tegar Apple bertanya bilakah pula “Apple Glass” akan dipasarkan. Sebelum ini ada meramalkan pada tahun 2025 dan kini di tahun 2026 batang hidungnya belum lagi kelihatan. Tetapi dalam laporan terkini Mark Gurman di Bloomberg, beliau mengatakan pelancaran cermin mata pintar pertama Apple telah ditangguh ke penghujung 2027.

Image from: Cermin Mata Pintar Apple Ditunda Ke Akhir 2027

Cermin mata ini dibangunkan dengan kod nama Model N50 yang sebelum ini disasarkan diumumkan pada 2026 tetapi kini ditunda ke akhir 2027 kerana kelewatan dalam proses pembangunan. Ia dilihat sebagai projek terakhir diberikan keutamaan oleh Tim Cook sebelum menyerahkan jawatan CEO kepada John Ternus pada 1 September 2027. Ternus pada waktu ini dilaporkan sedang membangunkan sepasang AirPods Pro dengan kamera terbina dengan ia sudahpun dalam proses ujian.

N50 dipercayai adalah cermin mata pintar biasa dengan kamera tanpa skrin terbina. Ia setanding degan Ray-Ban Meta dan cermin mata Google Samsung yang baru diperlihatkan di Google I/O baru-baru ini. Apabila dilancarkan kelak, ia mungkin dijual dalam julat harga $200–500 (~RM 793-1982) sepasang.