
Kuala Lumpur: Seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan ditahan selepas disyaki menceroboh sebuah bilik hotel yang dihuni seorang wanita di Petaling Jaya pada Rabu lepas.
Ketua Polis Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 35 tahun yang mendakwa biliknya diceroboh lelaki berkenaan pada kira-kira 6.10 petang.
“Berlaku perselisihan faham antara mereka, dan wanita tersebut meninggalkan hotel untuk menyelamatkan diri sebelum membuat laporan polis pada 2.10 pagi Khamis,” katanya dalam kenyataan.
Mohamad Fakhrudin berkata, hasil laporan tersebut, pihaknya menahan lelaki berusia 49 tahun itu pada 1 tengah hari di Jalan Penchala, Petaling Jaya, hari yang sama.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Katanya, suspek direman sehari (23 Jun) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau berkata, siasatan mendapati wanita terbabit menginap di bilik hotel berkenaan atas urusan kerja dan mengenali suspek tersebut kira-kira setahun lepas.
Terdahulu tular di laman sosial hantaran seorang lelaki yang mendakwa bekas pemain bola sepak kebangsaan itu menceroboh bilik hotel dan bertindak agresif terhadap isterinya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

