Ceroboh rumah: Suspek, mangsa tikam tiada hubungan cinta

30 Sep 2026 • 1:21 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ceroboh rumah: Suspek, mangsa tikam tiada hubungan cinta

PETALING JAYA: Dua beradik yang cedera selepas ditikam seorang lelaki yang menceroboh masuk ke kediaman mereka di Taman Sri Bintang, Kepong, awal pagi semalam kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kedua-dua mangsa telah menjalani pembedahan dan kini akan ditempatkan di wad biasa selepas mendapat kebenaran daripada doktor pakar.

“Setakat ini, polis telah merakam percakapan lima individu termasuk ahli keluarga mangsa serta kenalan suspek.

“Rakaman percakapan mangsa akan diambil selepas kedua-dua mangsa selesai menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas sama ada mangsa wanita mempunyai hubungan percintaan dengan suspek, Anuar Bakri berkata, setakat ini tiada keterangan jelas yang menunjukkan wujud hubungan antara kedua-duanya.

“Setakat ini, keterangan yang diperoleh menunjukkan kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada masalah yang dihadapi suspek melibatkan aspek hubungan kekeluargaan, persahabatan serta percintaan,”ujarnya.

Katanya, semakan lanjut terhadap suspek mendapati sehingga kini tiada laporan masalah mental diperoleh.

“Permohonan reman terhadap suspek akan diambil hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL),”katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.04 pagi semalam, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerima panggilan MERS999 daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki telah menceroboh masuk ke sebuah rumah.

Sebaik menerima maklumat, anggota polis bergegas ke lokasi dan mendapati terdapat kesan terbakar pada bahagian luar rumah.

Polis turut menemukan adik-beradik  masing-masing berusia 18 dan 21 tahun yang cedera dan sedang bersembunyi di dalam tandas di bilik bawah rumah berkenaan.

Polis kemudian naik ke tingkat atas dan mendapati seorang lelaki berada di dalam sebuah bilik sambil memegang sebilah pisau. – UTUSAN

The post Ceroboh rumah: Suspek, mangsa tikam tiada hubungan cinta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved