Cemburu bekas teman lelaki, dua beradik ditikam

29 Sep 2026 • 4:36 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Cemburu bekas teman lelaki, dua beradik ditikam

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menangkap seorang lelaki selepas dipercayai menceroboh sebuah rumah di Taman Sri Bintang, Kepong dan mencederakan dua beradik, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, kedua-dua mangsa dan suspek mengalami kecederaan akibat kesan tikaman sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati suspek warga asing cemburu terhadap salah seorang mangsa kerana berhubung semula dengan bekas teman lelakinya.

“Polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi turut mendapati terdapat kesan terbakar pada bahagian luar rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

The post Cemburu bekas teman lelaki, dua beradik ditikam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved