Cetus Tanda Tanya! Tular Pikap Dengan Tulisan Hebrew ‘Malaysia Rumah Kami’

LocalPolitics
7 Oct 2025 • 5:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Cetus Tanda Tanya! Tular Pikap Dengan Tulisan Hebrew 'Malaysia Rumah Kami'

Belum reda dengan pelbagai isu sensitif yang melanda dunia, kini tular pula di TikTok satu video berdurasi 14 saat yang mencetuskan kekecohan dalam kalangan warganet tempatan.

Tulisan hebrew ‘ Malaysia rumah kami’ di pikap

Video tersebut memaparkan sebuah kenderaan pikap dipercayai di Melaka yang membawa pelekat bertulisan Hebrew dipercayai bermaksud ‘Malaysia Rumah Kami’.

image is not available

Rakaman itu dimuat naik oleh pengguna TikTok @manapmoskori dan memperlihatkan kenderaan jenis Nissan Navara bergerak di atas jalan raya dengan pelekat berwarna biru bertulisan putih pada bahagian belakang.

Rekaannya menyerupai warna bendera Israel, sekali gus menimbulkan tanda tanya dan pelbagai spekulasi mengenai maksud sebenar mesej tersebut.

Menurut terjemahan, tulisan dalam bahasa Ibrani itu boleh diertikan sebagai ‘Malaysia Rumah Kami’ atau Malaysia Di Tangan Kami’.

Walaupun ayatnya ringkas, mesej itu sudah cukup untuk menimbulkan rasa kurang senang dan kemarahan ramai yang menganggapnya sebagai satu bentuk provokasi terbuka.

Isu ini menjadi lebih hangat apabila ramai berpendapat tindakan itu tidak sensitif, terutama ketika konflik membabitkan Israel dan Palestin masih berterusan.

Penggunaan bahasa rasmi Israel pada kenderaan di Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menyinggung perasaan rakyat yang sentiasa menunjukkan solidariti terhadap perjuangan Palestin.

image is not available

Sementara itu, menurut laporan Malaysia Gazette, setakat jam 1.30 petang Selasa, polis Melaka dikatakan belum menerima sebarang laporan rasmi berkaitan kejadian tersebut.

Namun, Pegawai Khas Agama kepada Ketua Menteri Melaka, Hairul Amin Mado memaklumkan bahawa beliau akan hadir ke Balai Polis Merlimau pada jam 3.30 petang ini bagi membuat laporan rasmi supaya siasatan dapat dijalankan segera.

Sumber: TikTok @manapmoskori, Malaysia Gazette (Reza A Hamid)