CGS-CIMB jangka pendapatan SAM Engineering & Equipment susut 8% pada FY23 kesan penurunan jualan peralatan
azan
16/08/2023 - 11:56
KUALA LUMPUR 16 Ogos - CGS-CIMB Research menjangkakan pendapatan SAM Engineering & Equipment (M) Berhad menyusut sebanyak 8% pada FY23/FY24 sebelum melonjak 27%/24% pada FY25/FY26.
Firma penyelidikan itu berkata, perkara itu adalah disebabkan penurunan 16% dalam bahagian jualan peralatan dan ia adalah selaras dengan perbelanjaan fabrikasi global yang lemah pada 2023.
Bagaimanapun, ia dijangka kembali berkembang seiring dengan industri semikonduktor keseluruhanantara 2024 hingga 2025.
"Kami juga menjangka bahagian peralatan SAM Engineering mendapat manfaat daripada pengembangan kapasiti pembuatannya, berikutan pemerolehan kemudahan pengeluaran Chon Buri dan pengembangan fasa kedua di kilang Rojana yang dijangka mula beroperasi menjelang separuh kedua tahun ini.
"Sementara itu, kami menganggarkan kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) hasil bahagian aeroangkasa sebanyak 20% pada FY24 hingga FY26, disokong oleh pemulihan berterusan kadar pengeluaran dan penghantaran Boeing dan Airbus," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
CGS-CIMB Research menjangkakan margin untung kasar kumpulan itu kekal pada paras 11.6% pada FY24 disebabkan kekurangan komponen dan bahan yang berterusan serta tekanan inflasi dan kos tenaga kerja yang lebih tinggi.
Katanya, margin untung kasar mereka akan pulih kepada 12%/12.5% pada FY25/FY26 selepas keadaan operasi menjadi normal di seluruh unitnya.
"Ia boleh membuatkan pendapatan sesaham (EPS) teras menurun 8% pada FY24, selaras dengan permintaan peralatan yang lemah, kos pemrulaan di Thailand dan kos utiliti serta tenaga kerja yang lebih tinggi sebelum berkembang 38%/35% pada FY25/FY26," katanya.
Firma penyelidikan itu menyemah naik penarafan kumpulan itu kepada 'pegang' dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi RM4.95 berbanding RM4.75 sesaham.- DagangNews.com



