CGS-CIMB unjur lanjutan kontrak baharu bersama ROC Oil, pacu peningkatan margin keuntungan Dayang Enterprise

Business & Finance
17 Jul 2023 • 11:32 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

CGS-CIMB unjur lanjutan kontrak baharu bersama ROC Oil, pacu peningkatan margin keuntungan Dayang Enterprise

azan

17/07/2023 - 11:32

KUALA LUMPUR 17 Julai - Lanjutan kontrak Dayang Enterprise Holdings Berhad selama setahun lima bulan bersama Roc Oil (Sarawak) Sdn Bhd bagi kontrak untuk perolehan, pembinaan, pemasangan, sambungan dan pentauliahan sedia ada dijangka meningkatkan margin keuntungan kumpulan itu.

CGS-CIMB Research berkata, selepas kecewa pada suku pertama tahun ini, kumpulan itu sedia untuk memacu peningkatan pada suku kedua kerana isu mengenai kontrak berjaya diselesaikan dan momentum aliran pesanan yang kukuh sudah disambung semula.

"Selain itu, pelaksanaan jadual kerja untuk sepanjang tahun berada di landasan yang betul, manakala kontrak Pembersihan Tempahan Tertunggak Integriti Aset (ABC) sepatutnya menambah pendapatan secara berperingkat pada suku kedua hingga suku keempat tahun ini," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Terdahulu, kumpulan itu menerima lanjutan kontrak bagi selama setahun lima bulan sehingga 31 Disember 2024 daripada ROC Oil.

Nilai kontrak tersebut adalah berdasarkan arahan kerja yang dikeluarkan ROC sepanjang tempoh kontrak.

Firma itu berkata, kadar unit untuk tempoh lanjutan adalah 20-25% lebih tinggi daripada kadar yang dijamin untuk tempoh firma awal kontrak 5+1 tahun ini (dimenangi pada 2018).

Katanya, ia adalah harga yang berpatutan dalam inflasi kos tahunan kira-kira 4% hingga 5% sejak 2018.

Firma itu mengekalkan saranan 'tambah' dengan harga sasaran (TP) RM1.70 sesaham. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved