CGS International semak turun unjuran untung bersih 7-Eleven sebanyak 28.5% pada FY24

Business & Finance
26 Mar 2024 • 3:39 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

CGS International semak turun unjuran untung bersih 7-Eleven sebanyak 28.5% pada FY24

azan

26/03/2024 - 15:39

KUALA LUMPUR 26 Mac - CGS International semak turun unjuran untung bersih dan hasil 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd pada FY24 sebanyak 28.5% dan 26.4% kesan daripada pelupusan Caring Pharmacy.

Firma penyelidikan itu bagaimanapun menaikkan anggaran hasil untuk kedai serbaneka 7-Eleven sebanyak 8.3% pada FY24 bagi mencerminkan pandangan mereka terhadap aliran penggunaan swasta bagi tahun kewangan berkenaan.

Katanya, dengan tumpuan kedai serbaneka sedia ada kepada 7-Cafe di pantai timur serta penyiapan komisaris makanan segarnya dijangka mendorong pertumbuhan hasil dan pengurangan kos jualan yang akan meningkatkan margin untung kasar ke paras tertinggi iaitu sebanyak 32%.

"Selepas pelupusan Caring Pharmacy, kunci kira-kira 7-Eleven masih rendah dan kami percaya ia boleh memberi tekanan kepada pulangan ke atas ekuiti (ROE).

"Pihak pengurusan komited untuk mengeluarkan perbelanjaan modal sebanyak RM300 juta selain mengurangkan hutang sebanyak RM200 juta dan kami menjangkakan ROE boleh menyusut kepada 17.2% pada FY24 berbanding 30.7% pada FY23," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata, pertambahan permberian tunai kepada isi rumah berpendapatan rendah seperti kadar maksimum yang lebih tinggi untuk Sumbangan Tunai Rahman (STR) daripada RM3,100 kepada RM3,700 pada 2024 selain pemberian bantuan sekali sahaja kepada penjawat awam serta pesara seharusnya menyokong perbelanjaan pengguna.

Katanya, peningkatan kehadiran pelancong juga boleh membawa kepada peningkatan permintaan dan sokongan untuk barangan kedai serbaneka.

"Kami mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) RM1.98 sesaham," katanya.- DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved