Chalet taraf antarangsa bakal dibina di Taman Alam, Sungai Congkak

2 Aug 2022 • 8:28 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

GOMBAK, 2 OGOS: Dua kawasan riadah popular di negeri ini akan dibangunkan dengan chalet bertaraf antarabangsa membabitkan pelaburan berjumlah RM130 juta.

EXCO pelancongan, Hee Loy Sian berkata dua kawasan berkenaan ialah Taman Alam di Kuala Selangor dan Sungai Congkak di Hulu Langat.

“Ada pihak yang melabur RM100 juta di Taman Alam membabitkan kawasan seluas 80 hektar yang akan dibangunkan 300 buah chalet. Dijangka tahun hadapan ia boleh dibangunkan.

“Bagi projek RM30 juta di Sungai Congkak pihak terbabit baru menghantar kertas cadangan dan ia dibentangkan dalam mesyuarat Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Apreasi Media Tourism Selangor 2022 di Resort Taman Eko Rimba Komanwel di sini, semalam.

Loy Sian berkata pembangunan itu penting bagi memastikan pelancong tidak hanya singgah sebaliknya turut menginap di kawasan berkenaan.

“Pelancong sekarang banyak tinggal di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Subang Jaya, mereka hanya ‘day trip’ sahaja ke lokasi-lokasi ini.

“Kalau kita sediakan penginapan yang selesa, pelancong khususnya dari luar negara akan tinggal di sana sekali gus dapat menjana lebih pendapatan kepada orang tempatan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved